Thursday, June 23, 2011

my first food

Di suatu petang pada 11 Jun 2011 iaitu beberapa hari sebelum harijadi saya yang ke 1/2 tahun.  Mummy & ayah berbincang-bincang & malamnya saya di bawa ke pasaraya berdekatan rumah. Ohhh, rupanya mereka mahu belikan saya makanan pejal pertama saya.  Hati saya mula berbunga-bunga.  Macam2 terlintas di kepala seperti lamb steak ke, delicious pasta atau sekurang-kurangnya pizza.  Tapi tengoklah apa yang adults belikan pada saya.

Dengan berat hati terpaksalah juga saya terima.  Kalau nak tahu kenapa ada banyak jenis yang di beli, ini adalah kerana mummy ada pilihannya sendiri (semua product Heinz adalah pilihan mummy) dan ayah dgn pilihannya sendiri  (Cerelac Beras).  Mummy cakap dia pilih Farley's sebab ianya di perbuat dari gandum & kandungan karbohidratnya lebih rendah berbanding dengan karbohidrat beras (saya tak faham apa maksud mummy tapi saya membuat keputusan untuk berdiam diri sajalah kali ini).  Dan ayah yang memang penggemar nasi semestilah mahu makanan pertama saya di buat dari beras.  Begitulah kedua ibubapa saya..  begitu berbeza personality, bagaikan bunga dan daun.

Keesokkan harinya (12 Jun 2011) sayapun di beri makan and guess what? Mummy menang.  Saya diberi Farley's sebagai makanan pertama saya.  Saya makan dengan gelojoh dan ada ketikanya saya terpaksa menjerit meminta di suapkan lagi kerana adults mengambil langkah yang berjaga2 sepanjang tempoh dinner saya.  Mereka terlalu risau saya terlekat makanan sedangkan saya memang pandai mengawal keadaan.

Wajah2 saya semasa makan.  Dari berpakaian lengkap hinggalah tidak berpakaian.  Saya merasa sungguh kurang sabar dengan pergerakan perlahan ayah, maka akhirnya saya mengambil keputusan untuk memegang sendiri sudu supaya lebih cepat.

Akhirnya setelah mangkuk kosong
sayapun tertidur kekenyangan...

Seminggu selepas kejadian, mummy masakkan saya chicken porridge.  Semasa mendengar perkabarannya sekali lagi hati saya berbunga2. Maklumlah pertama kali merasa masakan mummy.  Selepas siap di masak, saya mendengar mummy tergelak2.. rupanya porridge yang di masak mummy terhangit.  Hehehe, maka tahulah saya tentang level kepakaran mummy saya memasak.  Termaktublah di dalam diari hidup saya memakan masakan pertama mummy masakan yang hangit.  Hebatkan..

2 comments:

  1. ...apa barang makan biskut, lain kali mintak la lasagna ke, mi bandung ke...hahaha

    ReplyDelete
  2. apa barang biskut.. saya mahu Victoria station.

    ReplyDelete