Sunday, April 24, 2011

The 3rd month

Dameer Aydin writes;

Saya sudah berumur suku tahun.  Sudah banyak benda yang saya belajar tapi kata orang ilmu itu sebesar laut banyaknya kan.  Saya sudah pandai ketawa kuat-kuat, menjerit bila-bila saya suka, bermain jari, menyentuh barang dengan jari.  Saya masih dalam peringkat mencuba2 memegang barang tapi biasanya sedikit tersasar.

Berat saya sudah mencapai 5.8 kg dan tinggi saya sudah 60 cm.  Sebagai hadiah hari jadi saya di hadiahkan percutian ke Genting Highland (seperti entry yang lepas) dan juga ayah & mummy juga buatkan saya passport (adakah akan ada sebarang kejutan buat saya nanti.. seperti Disneyland ke).  Saya juga mendapat stroller pertama saya.  Kata mummy, office mummy yang hadiahkan saya (tetapi ayah yang pilihkan saya modelnya).

Akhir kata, saya semakin suka dengan diri saya.. kerana setiap hari pasti ada kejutan yang dapat saya tunjukkan pada ayah & mummy.
 
kejap saya buat selamba, kejap sayalah juga yang tak tahan mahu ketawa
Saya bergaya di katil saya sendiri & gambar saya yang menutup aurat

Hobby saya yang terbaru ialah menghisap jari-jari

gambar passport saya.. di sebelah bahu kanan adalah kesan saya muntah

Friday, April 15, 2011

3rd month birthday

Dameer Aydin writes:

Saya menyambut birthday yang ke suku tahun (3 bulan) di Genting Highland.  Ayah & Mummy beria-ria membawa saya bercuti ke Genting sambil menyambut birthday saya padahal sememangnya saya tahu mereka yang mahu berpoya-poya bukannya saya.  This is my first holiday trip & Aunty join us untuk sama2 memeriahkan suasana.

Kami bermalam di Awana Hotel & saya suka hotel ini kerana bilik kami sungguh besarrr.  Saya tido bersama mummy di satu katil & ayah tidur di katil lain.  Best, tak payah bersesak2 macam di rumah. Hotel ini juga sangat cantik dan kesemua mereka-mereka yang dewasa itu sungguh gembira.  Walaupun saya mengantuk, mereka tetap mengheret saya meninjau persekitaran hotel & akhirnya saya mengamuk dan barulah mereka mengalah.

Kami juga ke indoor theme park, tapi sayangnya saya terlalu kecil untuk bermain apa2 permainan.  Kami jugak menaiki cable car yang di panggil skyway tetapi akibat terlalu mengantuk saya tertidur di kedua-dua hala perjalanan.  Saya dapat tahu rupanya ayah saya takut ketinggian.  Walau pun ayah tunjuk macam cool rupanya ayah betul-betul takut.  Saya harap saya tak lah ikut perangai ayah yang penakut ni bila saya besar. Haha.  Selain itu kami juga mengunjungi ladang strawberry dan inilah pertama kali saya tengok buah strawberry yang mummy sukakan sangat tu.

Kami pulang setelah dua hari di genting highland dan saya rasa gembira dengan percutian pertama saya.  Saya harap ayah, mummy & aunty akan bawa saya bercuti lagi.

 I am that birthday boy...

the sleeping & the crying me



Cuba tengok, siapa yang lebih happy.  Saya atau mereka?

Semasa saya tidur pun mereka masih bergembira.  
Ayah sedang berlakun macho tapi sebenarnya
ayah takut tinggi

Tapi akhirnya saya rasa kami semua gembira, termasuklah
saya walaupun saya tak mampu lagi untuk senyum
di akhir percutian.  I miss home.