Thursday, May 19, 2011

Mother's day

Kali pertama saya menyambut Mother's day.  Saya belum dapat mengucapkan happy mother's day secara lisan pada mummy tapi saya tahu mummy pandai membaca body language saya.  Saya menjerit bila lapar, menangis bila mengantuk.. itulah caranya saya menyampaikan ucapan saya.
Kami menyambut Mother's day secara sederhana.  Ayah belikan mummy hadiah jam (bukankah sepatutnya saya yang belikan.. maybe ayah akan claim dari saya bila saya besar..hehe).  Ayah cuba membawa kami keluar celebrate tetapi atas sebab2 kesesakan yang melampau, ayah terpaksa postpone celebration untuk mummy.  Kami celebrate sehari selepas itu dan mummy ada membisikkan pada saya yang dia inginkan Ipad2 (itulah gadget yang paling trendy buat masa sekarang).  Maaf ye mummy, kena tunggu sampai saya bekerja.

First trial.  Wajah2 kami yang dalam perjalanan untuk menyambut mother's day tetapi kami terpaksa berpatah balik akibat dari kesesakan yang teruk


2nd trial.. berjaya walaupun kami berdua (main subjects) dah mengantuk semasa makan malam.  Kami tertidur dalam perjalanan balik ke rumah.

Wednesday, May 11, 2011

The 4th month

Bulan ke 4.  Saya sudah pandai berenang dan menyelam (haha).  Disamping itu saya sudah pandai sembahyang berjemaah.  Cuba lah tengok saya pakai kopiah.. besar sikit aje, itupun sebab adults belum belikan kopiah saya sendiri lagi.  Tapi kenapa saya memakai kopiah tanpa baju?  Sebabnya tiba2 aje saya teringat yang saya belum ambik wuduk.  Untuk ambik wuduk saya kena tukar diaper dulu.  Alang2 tukar diaper baik juga saya mandi.  Saya kelihatan seperti mualafkan..



selain dari boleh menyamar sebagai mualaf, saya juga boleh menyamar jadi gooku dragon ball.  Apabila rambut saya di leperkan, saya boleh jadi cikgu sekolah.  Yang spoil 'bib' ada di mana2.. maklumlah saya pengeluar air aircond yang boleh di pakaiguna ;-)
wajah2 saya yang sedang kegembiraan, kebingunggan dan juga keletihan.  Itu kereta pertama saya.. Mitsubishi Evo.. laju macam lipas.  itu sebablah saya harus pakai seat belt, demi menjaga keselamatan kata mummy.


Saya kelihatan seperti askar jepun (bintang tiga) kan.  Untuk mengukuhkan lagi penyamaran saya, saya cuba buat muka seserius yang mungkin. Gambar sebelah kanan adalah saya memakai kopiah lagi, kali ni meniru penyanyi rap, sebab itulah kopiah saya sedikit senget.  STYLE kata adults.



Siapa kata saya sentiasa serius.  Hidup saya penuh dengan gelak tawa yang berselang seli dengan tidur
bersama ayah
bersama mummy
mummy lagi.. gambar yang sebelah kanan semasa saya menemankan mummy ke book launching ceremony.
mummy lagi & lagi.









ayah & aunty masa saya temankan mereka bertiga   makan steambot di shah alam

4th month birthday

Dameer writes;

Saya sudah berumur 4 bulan.  Agak kecewa kerana tak ada sambutan buat saya bulan ini seperti bulan lepas.  Alasan mummy, dia kerja.  Makanya saya cuma celebrate birthday saya di rumah sahaja sambil berbaring2 di atas katil.  Untuk tidak menghampakan saya, mummy snap photos kekononnya untuk mengigati hari ini hari jadi saya.  Ayah & mummy juga ada belikan saya teething toy beberapa hari sebelumnya tapi saya sebenarnya perlukan real toys seperti kereta, trucks bukannya teething toy yang berat dan sungguh tak menghiburkan.. come on adults!!! wake up. 

perhatikan bentuk muka saya.. pat segi.. tomey! tomey! kan
inilah sebabnya saya di belikan teething toys.. sebabya saya suka mengigit jari saya.  Jangan sampai girlfriend saya tahu tau..
 
seperti biasa, mummy mesti suka tumpang sekaki.  Tak malu...