Thursday, June 23, 2011

my first food

Di suatu petang pada 11 Jun 2011 iaitu beberapa hari sebelum harijadi saya yang ke 1/2 tahun.  Mummy & ayah berbincang-bincang & malamnya saya di bawa ke pasaraya berdekatan rumah. Ohhh, rupanya mereka mahu belikan saya makanan pejal pertama saya.  Hati saya mula berbunga-bunga.  Macam2 terlintas di kepala seperti lamb steak ke, delicious pasta atau sekurang-kurangnya pizza.  Tapi tengoklah apa yang adults belikan pada saya.

Dengan berat hati terpaksalah juga saya terima.  Kalau nak tahu kenapa ada banyak jenis yang di beli, ini adalah kerana mummy ada pilihannya sendiri (semua product Heinz adalah pilihan mummy) dan ayah dgn pilihannya sendiri  (Cerelac Beras).  Mummy cakap dia pilih Farley's sebab ianya di perbuat dari gandum & kandungan karbohidratnya lebih rendah berbanding dengan karbohidrat beras (saya tak faham apa maksud mummy tapi saya membuat keputusan untuk berdiam diri sajalah kali ini).  Dan ayah yang memang penggemar nasi semestilah mahu makanan pertama saya di buat dari beras.  Begitulah kedua ibubapa saya..  begitu berbeza personality, bagaikan bunga dan daun.

Keesokkan harinya (12 Jun 2011) sayapun di beri makan and guess what? Mummy menang.  Saya diberi Farley's sebagai makanan pertama saya.  Saya makan dengan gelojoh dan ada ketikanya saya terpaksa menjerit meminta di suapkan lagi kerana adults mengambil langkah yang berjaga2 sepanjang tempoh dinner saya.  Mereka terlalu risau saya terlekat makanan sedangkan saya memang pandai mengawal keadaan.

Wajah2 saya semasa makan.  Dari berpakaian lengkap hinggalah tidak berpakaian.  Saya merasa sungguh kurang sabar dengan pergerakan perlahan ayah, maka akhirnya saya mengambil keputusan untuk memegang sendiri sudu supaya lebih cepat.

Akhirnya setelah mangkuk kosong
sayapun tertidur kekenyangan...

Seminggu selepas kejadian, mummy masakkan saya chicken porridge.  Semasa mendengar perkabarannya sekali lagi hati saya berbunga2. Maklumlah pertama kali merasa masakan mummy.  Selepas siap di masak, saya mendengar mummy tergelak2.. rupanya porridge yang di masak mummy terhangit.  Hehehe, maka tahulah saya tentang level kepakaran mummy saya memasak.  Termaktublah di dalam diari hidup saya memakan masakan pertama mummy masakan yang hangit.  Hebatkan..

Tuesday, June 21, 2011

The 5th month

Lately, banyak benda yang saya fikirkan.  Antaranya bila saya perlu tukar minyak enjin kereta, sekolah mana yang saya nak pilih dan ada rumours mengatakan ada orang nak masuk meminang saya bulan depan.  Mummy pulak tak habis2 mendesak saya belikan dia Ipad2.  Ayah yang baru mendapat gadget sempena wedding anniversary jadinya mereka agak kurang melayan saya.  Banyak juga masalah saya.  Bagaimanapun gambar2 di sebelah tiada kaitan dengan masalah saya.  Saya sebenarnya sedang memikirkan bagaimana mahu membetulkan kedudukan saya.  Mummy meletakkan saya di atas sofa dan masalahnya saya tidak tahu membetulkan kedudukan saya menyebabkan saya mula mengelungsur secara berperingkat peringkat.  Agak rumit kan.

Untuk menampakkan muka supaya bujur sirih, make-up artis menggalakkan saya bergambar secara bersilang iaitu kamera hendaklah berada di atas kepala.  Nampaknya berjaya.  Muka saya nampak lebih bujur pada gambar sebelah kiri kan.








Kata orang tua2, banyakkan senyum, nanti gigi yang keluar akan putih bersih.  Gambar disebelah kanan adalah semasa saya ingat mummy nak bawa saya bermain snow (saya ingatkan itu snow cap, rupanya ia hanyalah topi) 

Saya sudah pandai meniarap cuma saya tak suka posisi begini.  Saya sungguh tak faham kenapa adults kerap mendesak saya untuk meniarap.  Bukannya best.



Sebaliknya, inilah posisi-posisi yang saya suka.  Berbaring dan berbaring sahaja, memakai mahupun tanpa memakai baju.
Selepas mengira duit.. gelak saya iras-iras gelak orang kaya kan.

Saya menunggu tv yang sudah hampir rosak di rumah kami terpasang.  Bayangkan untuk ia terpasang, ia mengambil masa hampir 1/2 jam sehingga ada masanya saya sudah lupa yang saya telah menekan butang 'on'.

Lagi gelak orang kaya.  Kanan saya sedang membaca. Membaca adalah hobi terbaru saya.

Achieved milestones untuk 5th month adalah 7kg weight & 65 cm height. Tinggi lampaikan saya ni. 



Tuesday, June 7, 2011

my siblings & i




5th month birthday

Sekali lagi saya menyambut birthday saya di rumah.  Kata mummy, kita berehat di rumah lagi best.  Saya syak mummy & ayah tiada budget untuk membawa saya bercuti.  Bilalah agaknya saya berpeluang menggunakan passport saya ye.  Yang tak bestnya, mereka memakaikan saya baju yang bertulis Enjoy Holiday.  Hmmm, macamlah saya tak tahu nak bezakan antara kaca & permata.






Beginilah saya menghabiskan masa saya seharian sambil 'Enjoy my birthday Holiday'.  Muka saya kelihatan sugul kan.... harap2 mereka mendapat hint untuk di masa depan





Apapun, saya tepap enjoy hari saya.  Tengoklah betapa enjoynya saya.  Cuma hingga ke hari ini saya masih tertanya2 kenapa dipakaikan baju bewarna kuning di sepanjang hari.. adakah ini bermaksud sesuatu.  Harap mummy atau ayah dapat membantu.

Monday, June 6, 2011

Sehari di Putrajaya



Kami ke Putrajaya pada hari cuti wesak yang lepas.  Kata adults untuk membawa saya berjalan-jalan tapi sebenarnya mereka mahu menjimatkan kos kerana Putrajaya hanyalah sepelaung dari rumah saya. Akhirnya saya setuju aje (dari tak ke mana langsungkan.. sudahlah hari2 saya cuma berbaring di atas katil hinggakan rambut saya pun banyak gugur sebab terlalu banyak berbaring)
Seronok juga saya kerana banyak pokok yang cantik.. Dalam gambar, kat belakang saya adalah pokok bamboo. Cantik kan!  Sesuai dengan konsep Go Green yang mummy selalu sebut2kan.  Kata mummy cloth diaper yang dibelinya untuk saya dibuat dari daun bamboo & sangat bagus untuk alam sekitar.  Cuma kata mummy lagi bukannya mummy tak nak pakaikan saya cloth diaper tu, cuma mummy kekurangan masa untuk mencuci.  Hmmm.. alasan.

Lama juga kami duduk kat situ hinggakan saya sudah mula menari sebab saya sudah mula merasa bosan.









Akhirnya saya kepenatan, lalu saya minum susu & berehat sekejap.  Tengoklah, saya sudah pandai memegang botol sendiri tapi kalau saya tak ada mood saya akan refuse untuk pegang.  Makanya seseorang kenalah memegangnya untuk saya.




Seperti biasa, kena ada gambar keluarga.  Jangan tanya saya kenapa.. saya sendiripun confuse




 Lunch.. adults lah, bukan saya.  Saya cuma berputih mata






  Kami singgah sekejap di Masjid Sultan Mizan.  Saya dengar mummy merungut mengenai ruang solat kerana tiada pemisah antara jemaah lelaki & perempuan.  Tetapi, keseluruhan masjid ini sangat cantik.  Gambar di sebelah kanan ada kubah masjid di bahagian dalam.  Kiri; ayah sedang solat.

Akhir journey.. saya yang keletihan semasa perjalanan pulang ke rumah.  Overall, saya gembira kerana dapat jalan-jalan.


An apple a day...

keeps the doctor away.

Nampak macam sedapkan.. betapa berbesarnya hati saya untuk menghabiskan sebiji epal tapi apakan daya, gigi saya belum ada, cukuplah sekadar mencium baunya