Tuesday, June 21, 2011

The 5th month

Lately, banyak benda yang saya fikirkan.  Antaranya bila saya perlu tukar minyak enjin kereta, sekolah mana yang saya nak pilih dan ada rumours mengatakan ada orang nak masuk meminang saya bulan depan.  Mummy pulak tak habis2 mendesak saya belikan dia Ipad2.  Ayah yang baru mendapat gadget sempena wedding anniversary jadinya mereka agak kurang melayan saya.  Banyak juga masalah saya.  Bagaimanapun gambar2 di sebelah tiada kaitan dengan masalah saya.  Saya sebenarnya sedang memikirkan bagaimana mahu membetulkan kedudukan saya.  Mummy meletakkan saya di atas sofa dan masalahnya saya tidak tahu membetulkan kedudukan saya menyebabkan saya mula mengelungsur secara berperingkat peringkat.  Agak rumit kan.

Untuk menampakkan muka supaya bujur sirih, make-up artis menggalakkan saya bergambar secara bersilang iaitu kamera hendaklah berada di atas kepala.  Nampaknya berjaya.  Muka saya nampak lebih bujur pada gambar sebelah kiri kan.








Kata orang tua2, banyakkan senyum, nanti gigi yang keluar akan putih bersih.  Gambar disebelah kanan adalah semasa saya ingat mummy nak bawa saya bermain snow (saya ingatkan itu snow cap, rupanya ia hanyalah topi) 

Saya sudah pandai meniarap cuma saya tak suka posisi begini.  Saya sungguh tak faham kenapa adults kerap mendesak saya untuk meniarap.  Bukannya best.



Sebaliknya, inilah posisi-posisi yang saya suka.  Berbaring dan berbaring sahaja, memakai mahupun tanpa memakai baju.
Selepas mengira duit.. gelak saya iras-iras gelak orang kaya kan.

Saya menunggu tv yang sudah hampir rosak di rumah kami terpasang.  Bayangkan untuk ia terpasang, ia mengambil masa hampir 1/2 jam sehingga ada masanya saya sudah lupa yang saya telah menekan butang 'on'.

Lagi gelak orang kaya.  Kanan saya sedang membaca. Membaca adalah hobi terbaru saya.

Achieved milestones untuk 5th month adalah 7kg weight & 65 cm height. Tinggi lampaikan saya ni. 



2 comments:

  1. aah la...ambik la gambar bersilang tu, nampak bujur skit muka...haha

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak try posisi mengiring pulak.. mesti nampak slim

    ReplyDelete