Saturday, October 22, 2011

Aktiviti bulan ke 9 - part2

Iye.. setelah sekian lama yang menunggu2, akhir saya di bawa bercuti ..  walaupun saya demam akibat gigi mahu tumbuh tetapi saya merasa sangat teruja melihat ayah & mummy berkemas.  Tetapi kami terpaksa menunda Perjalanan kami lewat sehari akibat dari masalah technical & juga akibat saya yang kurang sihat. Tetapi akhir, pada 31hb september kami bertolak ke Ipoh dan bermalam di rumah pakcik saya selama 1 malam sebelum kami bertolak ke Hatyai keesokkan harinya.  Nasib baiklah demam saya sudah beransur reda & dapatlahh kami bergembira dan bercuti dgn bersungguh2.

Hatyai
saya yang tertidur dalam perjalanan
Kami sampai di Hatyai pada pukul 2 petang dan selepas sesat hampir selama 2 jam, akhirnya kami berjaya check-in di hotel Novotel Centara

Saya selepas menyegarkan badan.  
 Sementara menunggu ayah bangun dari tidur untuk keluar berjalan2
Sementara menunggu ayah bersiap, mummy memakaikan saya tidung mummy.  Macam orang punjabi tak saya?

Kami kemudiannya menuju ke floating market yang terletak kira2 10-15 km dari hotel. 
Sesampainya kami di floating market, kami di sambut dgn juadah exotic thailand. Rupa-rupanya orang Thailand makan segala jenis serangga.

Wajah2 Hatyai's Floating market.  
Saya sebenarnya tertidur di awal kunjungan dan saya cuma terjaga selepas seketika

Sekembalinya kami dari floating market kami bersiar2 di pekan hatyai.  Pekan hatyai sangat meriah wakaupun malam semakin pekat.

Keesokkannya kami bersiar lagi ke pekan hatyai.  Kami mengunjugi pasar barangan eletric dan sebelum kami bertolak ke Langkawi, mummy mengunjungi pusat massage (ayah telahpun ke pusat urut malam sebelumnya selepas  mummy & saya tidur)
Saya menemankam mummy & mak cik tukang urut bersembang.

Sementara menunggu kedua ibubapa berkemas (mummy sahaja yang mengemas, ayah?, tengoklah buktinya ) berkemas, saya menghabiskan masa dengan berehat

Kami check-out dan meninggalkan Hatyai pada pukul 4 petang malaysia time & berlepas menuju ke jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi seterusnya.  

Langkawi

Selepas berhempas pulas dan hampir ketinggalan ferry yang terakhir, kami berjaya sampai ke Langkawi lebih kurang pukul 8.30 malam. 
Beratur menaiki ferry

  Saya & ayah yang keletihan

Apa yang saya buat dan lihat di Langkawi

1. berehat

2. melepak

3. makan2 dan berjalan2

4. pergi pantaiiiiii

5. mandi manda

and last but do not least..
it's all about spending time with my love ones


Ta Ta

No comments:

Post a Comment