Monday, July 11, 2011

The 6th month birthday

Saya membayangkan birthday saya di sambut secara besar-besaran tetapi seperti biasa, saya di hampakan lagi.  Saya masih menyambut di rumah, cuma yang bezanya saya menyambut bersama nenek yang datang melawat sejak beberapa minggu yang lepas.  Mummy seperti biasa, bekerja & bekerja sahaja.

Sekembalinya mummy dari office, saya dibelikan birthday toy.. dinasor pertama saya.  Mummy sayakan geologist, pastinya dia berminat ke arah situ.  Tetapi saya tak kisah, saya tetap gembira dengan toy baru.  Cukuplah untuk mengubat kedukaan saya.  Apa yang saya cukup suka adalah kerana dinasor saya mempunyai ekor yang panjang & dapatlah saya masukkan ekornya ke dalam mulut saya :-)

toy baru saya.











exploring & exploiting.  Adakah kaki dinasor sesedap kaki ayam?

2 comments:

  1. setelah di gugel, aunty rasa dinosaur tu namanya "stegosaurus" ...rasanya la :-))

    ReplyDelete