Showing posts with label 2011-8 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 2011-8 Malaysia. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Raya pertama saya

Kali pertama menyambut raya dalam hidup.  Saya tak tahu apapun maknanya raya sehinggalah saya merasainya.

Bermula dengan perjalanan balik kampung.  Tahun ini giliran beraya di kampung Mummy dahulu, kemudian barulah di kampung ayah.

Malam raya saya bermain bunga api.. kali pertama saya melihat bunga api & seronok betul saya rasa

Di pagi raya semua orang kelam kabut & saya di pakaikan baju baru sebelum semua orang bersalam-salaman & kami kanak-kanak di hulurkan sampul yang berisi duit.  Kini saya tahu kenapa semua orang suka hari raya kerana hari raya adalah hari yang sangat meriah dan makanan penuh di meja.

wajah2 saya di hari raya (muka saya masam bukan kerana saya tak suka raya tetapi kerana saya rasa mengantuk & mummy pula memaksa saya supaya tidak tidur supaya mudah kami berkunjung ke rumah saudara mara)

Gambar keluarga.. ini part yang paling penting kata mummy

Aktiviti berkunjung ke rumah saudara mara & bergambar bersama sepupu-sepupu saya

Hari Raya kedua

Hari raya ketiga kami bertolak balik ke kampung ayah & tidak banyak aktiviti raya sempat di buat, hanya beberapa keping gambar di ambil di sebelah malamnya

Hari raya ke empat kami berkunjung ke rumah2 saudara mara ayah

Raya ke enam kami pulang ke KL dan aktiviti raya kemudiannya di teruskan dengan kunjungan ke rumah nenek KL, pak lang di rawang, mak long di Sungai buluh & rumah2 terbuka.

Kesimpulannya saya memang suka raya.. saya sangat menunggu raya berikutnya datang lagi.

The 8th months ++

Soalan pertama semua orang.  Apa yang saya dah boleh buat?  To make it short; pada usia 8 bulan saya sudah hampir tumpuh gigi, saya sudah boleh duduk sendiri, saya sudah mula membaca jawi (saya sudah pandai membaca tulisan rumi 4-5 bulan lepas.. huhuhu), saya sudah dapat faham beberapa instruction ringkas seperti bila mummy mula menyanyi secara sumbang lagu tepuk amai-amai maka hendaklah saya menepuk tangan.

  Saya suka bila orang kata saya stylo.. persoalannya,stylo kah saya?

Inilah akibatnya jika saya ditinggalkan kepada mummy tanpa supervision ayah.  Abang2 saya akan bebas melakukan apa sahaja kepada saya.  Ini membuatkan saya berasa geli & juga geli hati.  Tetapi saya gembira kerana ikatan ukhwah kami semakin terjalin baik.  Abang2 & kakak2 sya dapat menerima kehadiran saya dengan baik terutamalah kakak Tampok & abang Oneng.  Kakak Bobbi pula asyik mahu berkongsi makanan saya sehinggakan biskut lembik saya pun di jilat hingga licin.  Jadinya apabila mummy mahu suapkan makanan bagi saya mummy terpaksa menyediakan satu mangkuk lagi untuk kakak bobby.  Nasib baik juga saya tidak teringinkan makanan kakak Bobbi.

Dinner di sebuah restoran.  Badan saya sedikit susut kerana saya sedang demam akibat dari terlalu banyak travel & gigi saya sedang keluar dari gusi.

Memakai snow cap ayah di rumah & jangan tak tahu gambar saya yang bawah, kanan tu telah terpilih sebagai gambar favourite di dalam flickr community.  

Semasa pulang ke kampung nenek ketika kami sekeluarga menyertai rombongan meminang pak cik sepupu sebelah ayah saya.  Kami sempat mengunjungi pantai & saya merasa sangat gembira melihat laut yang terbentang luas. Ingin sekali saya bermandi manda & bermain pasir.

Aktiviti di Putrajaya sementara menunggu appointment ayah bersama kawan ayah.  


Wednesday, September 28, 2011

The 8th month birthday

Aktiviti sempena menyambut hari jadi semakin kurang meriah & gambar pun semakin kurang.  Saya tak suka!!!   Bagaimanapun, dengan sedikit pujukan dan rasuah saya berjaya melebarkan senyum saya kembali.  Rasuahnya berupa saya di bawa pergi shopping raya di mana saya berjaya mendapat sebiji kopiah untuk di pakai di pagi raya.  Saya bershopping raya di Ipoh kerana kebetulannya kami pulang ke kampung ayah. Cukuplah.. lagipun saya kan tak berpuasa, malulah saya nak berlebih-lebih pula.
saya semasa dalam perjalanan pergi bershoppping

saya & ayah semasa aktiviti bershopping.  Ramainya orang sehinggakan saya berasa moody.

Selepas kembali ke rumah opah.  Saya memerhati abang sepupu saya bermain games sambil memikirkan bilalah ayah & mummy akan membelikan saya games seperti ini