Laughing Dameer (May 27, 2011)
Showing posts with label 2011-5 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 2011-5 Malaysia. Show all posts
Thursday, August 18, 2011
May's short video
5 months old Dameer spending his birthday with his KL's nenek (taken on May 21, 2011)
Laughing Dameer (May 27, 2011)
Laughing Dameer (May 27, 2011)
Tuesday, June 21, 2011
The 5th month
Lately, banyak benda yang saya fikirkan. Antaranya bila saya perlu tukar minyak enjin kereta, sekolah mana yang saya nak pilih dan ada rumours mengatakan ada orang nak masuk meminang saya bulan depan. Mummy pulak tak habis2 mendesak saya belikan dia Ipad2. Ayah yang baru mendapat gadget sempena wedding anniversary jadinya mereka agak kurang melayan saya. Banyak juga masalah saya. Bagaimanapun gambar2 di sebelah tiada kaitan dengan masalah saya. Saya sebenarnya sedang memikirkan bagaimana mahu membetulkan kedudukan saya. Mummy meletakkan saya di atas sofa dan masalahnya saya tidak tahu membetulkan kedudukan saya menyebabkan saya mula mengelungsur secara berperingkat peringkat. Agak rumit kan.
Untuk menampakkan muka supaya bujur sirih, make-up artis menggalakkan saya bergambar secara bersilang iaitu kamera hendaklah berada di atas kepala. Nampaknya berjaya. Muka saya nampak lebih bujur pada gambar sebelah kiri kan.

Kata orang tua2, banyakkan senyum, nanti gigi yang keluar akan putih bersih. Gambar disebelah kanan adalah semasa saya ingat mummy nak bawa saya bermain snow (saya ingatkan itu snow cap, rupanya ia hanyalah topi)
Saya sudah pandai meniarap cuma saya tak suka posisi begini. Saya sungguh tak faham kenapa adults kerap mendesak saya untuk meniarap. Bukannya best.
Sebaliknya, inilah posisi-posisi yang saya suka. Berbaring dan berbaring sahaja, memakai mahupun tanpa memakai baju.
Selepas mengira duit.. gelak saya iras-iras gelak orang kaya kan.
Saya menunggu tv yang sudah hampir rosak di rumah kami terpasang. Bayangkan untuk ia terpasang, ia mengambil masa hampir 1/2 jam sehingga ada masanya saya sudah lupa yang saya telah menekan butang 'on'.
Lagi gelak orang kaya. Kanan saya sedang membaca. Membaca adalah hobi terbaru saya.
Achieved milestones untuk 5th month adalah 7kg weight & 65 cm height. Tinggi lampaikan saya ni.

Kata orang tua2, banyakkan senyum, nanti gigi yang keluar akan putih bersih. Gambar disebelah kanan adalah semasa saya ingat mummy nak bawa saya bermain snow (saya ingatkan itu snow cap, rupanya ia hanyalah topi)
Saya sudah pandai meniarap cuma saya tak suka posisi begini. Saya sungguh tak faham kenapa adults kerap mendesak saya untuk meniarap. Bukannya best. Sebaliknya, inilah posisi-posisi yang saya suka. Berbaring dan berbaring sahaja, memakai mahupun tanpa memakai baju.
Selepas mengira duit.. gelak saya iras-iras gelak orang kaya kan.Saya menunggu tv yang sudah hampir rosak di rumah kami terpasang. Bayangkan untuk ia terpasang, ia mengambil masa hampir 1/2 jam sehingga ada masanya saya sudah lupa yang saya telah menekan butang 'on'.
Lagi gelak orang kaya. Kanan saya sedang membaca. Membaca adalah hobi terbaru saya.
Achieved milestones untuk 5th month adalah 7kg weight & 65 cm height. Tinggi lampaikan saya ni.
Tuesday, June 7, 2011
5th month birthday
Sekali lagi saya menyambut birthday saya di rumah. Kata mummy, kita berehat di rumah lagi best. Saya syak mummy & ayah tiada budget untuk membawa saya bercuti. Bilalah agaknya saya berpeluang menggunakan passport saya ye. Yang tak bestnya, mereka memakaikan saya baju yang bertulis Enjoy Holiday. Hmmm, macamlah saya tak tahu nak bezakan antara kaca & permata.
Beginilah saya menghabiskan masa saya seharian sambil 'Enjoy my birthday Holiday'. Muka saya kelihatan sugul kan.... harap2 mereka mendapat hint untuk di masa depan
Apapun, saya tepap enjoy hari saya. Tengoklah betapa enjoynya saya. Cuma hingga ke hari ini saya masih tertanya2 kenapa dipakaikan baju bewarna kuning di sepanjang hari.. adakah ini bermaksud sesuatu. Harap mummy atau ayah dapat membantu.

Monday, June 6, 2011
Sehari di Putrajaya
Kami ke Putrajaya pada hari cuti wesak yang lepas. Kata adults untuk membawa saya berjalan-jalan tapi sebenarnya mereka mahu menjimatkan kos kerana Putrajaya hanyalah sepelaung dari rumah saya. Akhirnya saya setuju aje (dari tak ke mana langsungkan.. sudahlah hari2 saya cuma berbaring di atas katil hinggakan rambut saya pun banyak gugur sebab terlalu banyak berbaring)
Seronok juga saya kerana banyak pokok yang cantik.. Dalam gambar, kat belakang saya adalah pokok bamboo. Cantik kan! Sesuai dengan konsep Go Green yang mummy selalu sebut2kan. Kata mummy cloth diaper yang dibelinya untuk saya dibuat dari daun bamboo & sangat bagus untuk alam sekitar. Cuma kata mummy lagi bukannya mummy tak nak pakaikan saya cloth diaper tu, cuma mummy kekurangan masa untuk mencuci. Hmmm.. alasan.
Lama juga kami duduk kat situ hinggakan saya sudah mula menari sebab saya sudah mula merasa bosan.
Akhirnya saya kepenatan, lalu saya minum susu & berehat sekejap. Tengoklah, saya sudah pandai memegang botol sendiri tapi kalau saya tak ada mood saya akan refuse untuk pegang. Makanya seseorang kenalah memegangnya untuk saya.
Seperti biasa, kena ada gambar keluarga. Jangan tanya saya kenapa.. saya sendiripun confuse
Lunch.. adults lah, bukan saya. Saya cuma berputih mata
Kami singgah sekejap di Masjid Sultan Mizan. Saya dengar mummy merungut mengenai ruang solat kerana tiada pemisah antara jemaah lelaki & perempuan. Tetapi, keseluruhan masjid ini sangat cantik. Gambar di sebelah kanan ada kubah masjid di bahagian dalam. Kiri; ayah sedang solat.
Akhir journey.. saya yang keletihan semasa perjalanan pulang ke rumah. Overall, saya gembira kerana dapat jalan-jalan.
An apple a day...
keeps the doctor away.
Nampak macam sedapkan.. betapa berbesarnya hati saya untuk menghabiskan sebiji epal tapi apakan daya, gigi saya belum ada, cukuplah sekadar mencium baunya
Nampak macam sedapkan.. betapa berbesarnya hati saya untuk menghabiskan sebiji epal tapi apakan daya, gigi saya belum ada, cukuplah sekadar mencium baunya
Thursday, May 19, 2011
Mother's day
Kali pertama saya menyambut Mother's day. Saya belum dapat mengucapkan happy mother's day secara lisan pada mummy tapi saya tahu mummy pandai membaca body language saya. Saya menjerit bila lapar, menangis bila mengantuk.. itulah caranya saya menyampaikan ucapan saya.
Kami menyambut Mother's day secara sederhana. Ayah belikan mummy hadiah jam (bukankah sepatutnya saya yang belikan.. maybe ayah akan claim dari saya bila saya besar..hehe). Ayah cuba membawa kami keluar celebrate tetapi atas sebab2 kesesakan yang melampau, ayah terpaksa postpone celebration untuk mummy. Kami celebrate sehari selepas itu dan mummy ada membisikkan pada saya yang dia inginkan Ipad2 (itulah gadget yang paling trendy buat masa sekarang). Maaf ye mummy, kena tunggu sampai saya bekerja.
First trial. Wajah2 kami yang dalam perjalanan untuk menyambut mother's day tetapi kami terpaksa berpatah balik akibat dari kesesakan yang teruk
2nd trial.. berjaya walaupun kami berdua (main subjects) dah mengantuk semasa makan malam. Kami tertidur dalam perjalanan balik ke rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)