Showing posts with label 2011-7 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 2011-7 Malaysia. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

The 7th months

Kita mulakan dengan gambar kaki dahulu.  Ye kaki saya membesar dengan hebat.  Ramai orang kata kaki saya besar tapi saya gembira sebab dengan besarnya kaki saya maknanya saya akan berjalan dengan stabil nanti.  Hehehe.  Bercakap tentang berjalan, mummy asyik memberi saya pressure akhir2 ni dengan kerap and acap kali memberitahu yang dia sudah mula pandai berjalan semasa dia berumur 9 bulan.  Dia harap saya akan ikut jejak langkah dia.  Tapi perlu ke saya?  tengoklah.. akan saya pertimbangkan



Gambar semasa saya menemankan mummy ke dentist. Pada mulanya saya merasa agak cuak sebab saya ingatkan mummy mahu cabutkan gigi saya (terlupa pula saya yang saya masih belum tumbuh gigi :-)).  Rupanya mummy minta saya temankan dia pergi buat scaling.  Itu pun takutkan.. siap kena berteman mummy ni.  Ayah sejak awal2 lagi melarikan diri.. haha rupa2nya saya dapat tahu yang ayah takutkan doktor gigi.  Saya tanya mummy kenapa dia mahu buat scaling lagi sedangkan baru beberapa bulan lepas dia sudah ke dentist.  Mummy bisikkan ke telinga saya yang dia mahu beraya dengan gigi yang cantik.. geleng kepala saya sepanjang hari itu memikirkan jawapan mummy.

mereka sedang mencuba satu kaedah photography baru.. dan sayalah menjadi mangsa mereka.  Kadang2 rimas juga saya di buat mereka yang sentiasa berharap saya di dalam good mood untuk di photographkan.


Kebolehan baru saya iaitu duduk di atas baby chair.  Jadinya mummy dan ayah boleh makan dengan aman setiap kali saya membawa mereka keluar makan.  Saya akan sibuk mencungkil sana sini sementara mereka makan.  Saya pun sebenarnya bukanlah suka sangat duduk di riba mereka selama ini.

 Saya yang sedang menunggu untuk di bawa keluar berjalan.  Cuba teliti baju2 saya.. masih sama macam bulan2 lepas kan.  Bilalah ibu bapa saya ni mampu untuk membelikan baju yang baru untuk saya.

sudah agak lama kan saya tidak mempertontonkan parents saya.. Sebenarnya mereka masih suka di photographkan cuma saya yang sepatutnya berada di dalam limelight bukan mereka.
oklah makcik2, pakcik2 & future girlfriends.. saya mahu beransur dahulu.  Akhir kata terimalah gambar SX18 saya...

Jumpa lagi di bulan depan



Thursday, August 18, 2011

July's short video

Plezz ayah.. can we buy this?  (July 03, 2011)

I'm so sleeeepy (July 18, 2011)





future f1 driver?? Hope not... (July 14, 2011)




Playing with kakak Tampok (July 24, 2011)


           * ayah will kill mummy if he watch this video :-)

Laughing Dameer (July 24, 2011)
 
Sad (July 27, 2011)


Talks (July 27, 2011)


Wednesday, August 17, 2011

The 7th month birthday

Seperti biasa, tiada apa-apa istimewa berlaku dan di lakukan sempena hari jadi saya. Terlalu miskin sangatkan parents saya sehinggakan tidak mampu membuatkan majlis hari jadi pada anak tunggal mereka?  Hmm.  Alasan mummy dia kerja (alahhh saya dah boleh baca dari riak muka mummy).  Ayah?  Saya sebenarnya tak pasti bahawa ayah sebenarnya tahu atau tidak hari ini hari jadi saya.
Bagaimana sedihpun saya, saya berusaha untuk tidak mempamerkan kesedihan saya kepada mereka.  Biarlah saya berkorban demi mereka jika mereka tidak sanggup berkorban demi saya :-).  Sedihkan.....................

wajah2 sugul saya.

puas saya mengeletek kaki saya untuk menghasilkan gambar saya sedang senyum.. pengorbanan diri saya sangatlah besar untuk saya senyum di hari sugul saya

sungguh tak sensitifkan mummy & ayah saya.  Sudahlah saya sedih, mereka berdua bergembira.  Tak patut sungguh saya di perlakukan begini.