Showing posts with label 2011-6 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 2011-6 Malaysia. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

June's short video

Sleepy Dameer (taken on june 07, 2011)



playful (June 14, 2011)


Taken on his 6th month birthday.  Enjoying his birthday present ?? ( June 21, 2011) 


Tuesday, August 9, 2011

The 6th month







Saya sudah berumur setengah tahun.  Saya sudah besar.  Berat saya sudah mencecah 7.3 kg dan tinggi saya mencecah 67 cm.  Jangan terkejut kalau saya kata saya sudah pandai berlari.. tapi menggunakan walker aje lah :-)

Cerita saya & walker.  Pada mula saya di kenalkan walker saya tidak menyukainya. Tiga hari pertama saya dan walker, saya mengalami masalah kemurungan yang dasyat.  Tetapi apabila ayah mula memasangkan roda pada walker dan saya dapat tahu yang saya boleh mengerak-gerakkannya saya mula menyukainya.  Kata nenek, saya berjalan seperti ketam dan di hari2 pertama saya sering tidak sampai ke tempat yang saya hendak tuju, sebaliknya saya tersasar beberapa meter jauhnya.  Akhirnya saya sudah pandai mengawal arah yang dituju dan teka di manakah tempat pertama yang saya tuju?  Saya menuju ke meja computer ayah kerana di situ ada banyak benda yang saya boleh buat.  Saya boleh tolong ayah mengemas meja (saya akan buangkan ke lantai apa2 yang saya rasa memang tak patut lagi di simpan), menaip surat (saya sangat pandai menekan keyboard komputer), membersihkan mouse (menggunakan kaedah menjilat sehingga basah).  Saya merasa sungguh gembira kerana dapat menolong ayah.
 


 Saya yang sedang leka menolong ayah

Walaupun apapun, saya masih menyukai aktiviti2 lama saya seperti di dukung, di dudukkan di atas kerusi dan paling saya suka adalah berbaring kerana saya bebas untuk melakukan apa sahaja.

Bestkan di dukung.. saya tak perlu mengeluarkan tenaga walaupun 1 kcal.

 Saya sambil duduk.  Sila perhati wajah saya di gambar sebelah kiri.  Saya seperti ingin berpidato  kan (lihatlah cara saya memegang jari, tak ubah seperi menteri2 bercakap di dewan rakyat).  Adakah saya kelihatan seperti bekas menteri penerangan Malaysia.  Sorry ye namanya tak boleh di sebut di sini.. merbahaya mengaitkan saya yang terkenal ini dengan hanyalah menteri penerangan

Berbaring masih menjadi kegemaran saya.  Aktiviti bermain paling sesuai di lakukan semasa berbaring. Saya boleh bergolek secara bebas dengan berbaring dan saya juga dapat mengurangkan risiko sakit tulang belakang.   Walaupun sesekali akan ada berlaku kemalangan kecil di mana toys akan jatuh di muka saya, tetapi itu tidak mengapa, apabila saya menangis, mummy atau ayah akan mendukung saya (berbalik kepada item no 1 di atas)

Saya juga mulai suka aktiviti meniarap & saya akan meniarap bila-bila saya mahu.  Saya juga amat berharap yang saya akan belajar terbang dalam masa terdekat ini tetapi kata mummy, manusia tidak boleh terbang.  Betulkah? kenapa saya tengok di TV yang Wonderpet boleh terbang?  Bila di tanya mummy, kata mummy, wonderpet itu bukan manusia tetapi wonderpet itu adalah tiga sekawan yang terdiri dari haiwan kura-kura, burung & hamster.  Ooo..baru saya tahu rupanya.


Bulan ini juga adalah juga bulan yang jarang kemana2.  Mummy kata sebab nenek ada di rumah & lutut nenek sakit untuk berjalan2.  Jadi kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah.  Tapi saya tetap gembira sebab ada nenek yang suka melayan saya. Saya harap nenek akan tinggal lama dengan kami.


Tetapi sekiranya kami sekeluarga keluar, saya akan memastikan saya memakai tali pinggang keledar kerana saya selain dari menjaga Keselamatan, saya juga tak mahu di saman.

Opss.. tertunjuk pula gambar tanpa tali pinggang keledar.

Ini gambar yang betul.. saya memakai tali pinggang keledar



















Akhir sekali, saya ingin mempamerkan gambar saya yang seksi, hanya sesuai untuk kategori 18Sx.  Semoga akan bertambahlah peminat saya dengan terpamernya gambar-gambar ini.

Sekian untuk kali ini dan terimalah senyuman yang paling ikhlas dari saya


Monday, July 11, 2011

The 6th month birthday

Saya membayangkan birthday saya di sambut secara besar-besaran tetapi seperti biasa, saya di hampakan lagi.  Saya masih menyambut di rumah, cuma yang bezanya saya menyambut bersama nenek yang datang melawat sejak beberapa minggu yang lepas.  Mummy seperti biasa, bekerja & bekerja sahaja.

Sekembalinya mummy dari office, saya dibelikan birthday toy.. dinasor pertama saya.  Mummy sayakan geologist, pastinya dia berminat ke arah situ.  Tetapi saya tak kisah, saya tetap gembira dengan toy baru.  Cukuplah untuk mengubat kedukaan saya.  Apa yang saya cukup suka adalah kerana dinasor saya mempunyai ekor yang panjang & dapatlah saya masukkan ekornya ke dalam mulut saya :-)

toy baru saya.











exploring & exploiting.  Adakah kaki dinasor sesedap kaki ayam?

Thursday, June 23, 2011

my first food

Di suatu petang pada 11 Jun 2011 iaitu beberapa hari sebelum harijadi saya yang ke 1/2 tahun.  Mummy & ayah berbincang-bincang & malamnya saya di bawa ke pasaraya berdekatan rumah. Ohhh, rupanya mereka mahu belikan saya makanan pejal pertama saya.  Hati saya mula berbunga-bunga.  Macam2 terlintas di kepala seperti lamb steak ke, delicious pasta atau sekurang-kurangnya pizza.  Tapi tengoklah apa yang adults belikan pada saya.

Dengan berat hati terpaksalah juga saya terima.  Kalau nak tahu kenapa ada banyak jenis yang di beli, ini adalah kerana mummy ada pilihannya sendiri (semua product Heinz adalah pilihan mummy) dan ayah dgn pilihannya sendiri  (Cerelac Beras).  Mummy cakap dia pilih Farley's sebab ianya di perbuat dari gandum & kandungan karbohidratnya lebih rendah berbanding dengan karbohidrat beras (saya tak faham apa maksud mummy tapi saya membuat keputusan untuk berdiam diri sajalah kali ini).  Dan ayah yang memang penggemar nasi semestilah mahu makanan pertama saya di buat dari beras.  Begitulah kedua ibubapa saya..  begitu berbeza personality, bagaikan bunga dan daun.

Keesokkan harinya (12 Jun 2011) sayapun di beri makan and guess what? Mummy menang.  Saya diberi Farley's sebagai makanan pertama saya.  Saya makan dengan gelojoh dan ada ketikanya saya terpaksa menjerit meminta di suapkan lagi kerana adults mengambil langkah yang berjaga2 sepanjang tempoh dinner saya.  Mereka terlalu risau saya terlekat makanan sedangkan saya memang pandai mengawal keadaan.

Wajah2 saya semasa makan.  Dari berpakaian lengkap hinggalah tidak berpakaian.  Saya merasa sungguh kurang sabar dengan pergerakan perlahan ayah, maka akhirnya saya mengambil keputusan untuk memegang sendiri sudu supaya lebih cepat.

Akhirnya setelah mangkuk kosong
sayapun tertidur kekenyangan...

Seminggu selepas kejadian, mummy masakkan saya chicken porridge.  Semasa mendengar perkabarannya sekali lagi hati saya berbunga2. Maklumlah pertama kali merasa masakan mummy.  Selepas siap di masak, saya mendengar mummy tergelak2.. rupanya porridge yang di masak mummy terhangit.  Hehehe, maka tahulah saya tentang level kepakaran mummy saya memasak.  Termaktublah di dalam diari hidup saya memakan masakan pertama mummy masakan yang hangit.  Hebatkan..