Saya sudah berumur setengah tahun. Saya sudah besar. Berat saya sudah mencecah 7.3 kg dan tinggi saya mencecah 67 cm. Jangan terkejut kalau saya kata saya sudah pandai berlari.. tapi menggunakan walker aje lah :-)
Walaupun apapun, saya masih menyukai aktiviti2 lama saya seperti di dukung, di dudukkan di atas kerusi dan paling saya suka adalah berbaring kerana saya bebas untuk melakukan apa sahaja.
Bestkan di dukung.. saya tak perlu mengeluarkan tenaga walaupun 1 kcal.
Saya sambil duduk. Sila perhati wajah saya di gambar sebelah kiri. Saya seperti ingin berpidato kan (lihatlah cara saya memegang jari, tak ubah seperi menteri2 bercakap di dewan rakyat). Adakah saya kelihatan seperti bekas menteri penerangan Malaysia. Sorry ye namanya tak boleh di sebut di sini.. merbahaya mengaitkan saya yang terkenal ini dengan hanyalah menteri penerangan
Berbaring masih menjadi kegemaran saya. Aktiviti bermain paling sesuai di lakukan semasa berbaring. Saya boleh bergolek secara bebas dengan berbaring dan saya juga dapat mengurangkan risiko sakit tulang belakang. Walaupun sesekali akan ada berlaku kemalangan kecil di mana toys akan jatuh di muka saya, tetapi itu tidak mengapa, apabila saya menangis, mummy atau ayah akan mendukung saya (berbalik kepada item no 1 di atas)
Saya juga mulai suka aktiviti meniarap & saya akan meniarap bila-bila saya mahu. Saya juga amat berharap yang saya akan belajar terbang dalam masa terdekat ini tetapi kata mummy, manusia tidak boleh terbang. Betulkah? kenapa saya tengok di TV yang Wonderpet boleh terbang? Bila di tanya mummy, kata mummy, wonderpet itu bukan manusia tetapi wonderpet itu adalah tiga sekawan yang terdiri dari haiwan kura-kura, burung & hamster. Ooo..baru saya tahu rupanya.
Bulan ini juga adalah juga bulan yang jarang kemana2. Mummy kata sebab nenek ada di rumah & lutut nenek sakit untuk berjalan2. Jadi kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah. Tapi saya tetap gembira sebab ada nenek yang suka melayan saya. Saya harap nenek akan tinggal lama dengan kami.
Tetapi sekiranya kami sekeluarga keluar, saya akan memastikan saya memakai tali pinggang keledar kerana saya selain dari menjaga Keselamatan, saya juga tak mahu di saman.
Opss.. tertunjuk pula gambar tanpa tali pinggang keledar.
Ini gambar yang betul.. saya memakai tali pinggang keledar
Akhir sekali, saya ingin mempamerkan gambar saya yang seksi, hanya sesuai untuk kategori 18Sx. Semoga akan bertambahlah peminat saya dengan terpamernya gambar-gambar ini.
Sekian untuk kali ini dan terimalah senyuman yang paling ikhlas dari saya
alalalla...tomey tomey nyer.....
ReplyDeletekuang3x... maknanya menteri tu pun berwajah mongol la ye...hahaha
ReplyDeleteaunty me_cnor. terima kasih kerana memuji. Akan saya jadikan modal untuk saya mengorat awek di kemudian hari. Akan saya katakan pada awek yang masa saya kecik ada orang kata saya comel. cukuplah kan.
ReplyDelete