Wednesday, August 17, 2011

The 7th month birthday

Seperti biasa, tiada apa-apa istimewa berlaku dan di lakukan sempena hari jadi saya. Terlalu miskin sangatkan parents saya sehinggakan tidak mampu membuatkan majlis hari jadi pada anak tunggal mereka?  Hmm.  Alasan mummy dia kerja (alahhh saya dah boleh baca dari riak muka mummy).  Ayah?  Saya sebenarnya tak pasti bahawa ayah sebenarnya tahu atau tidak hari ini hari jadi saya.
Bagaimana sedihpun saya, saya berusaha untuk tidak mempamerkan kesedihan saya kepada mereka.  Biarlah saya berkorban demi mereka jika mereka tidak sanggup berkorban demi saya :-).  Sedihkan.....................

wajah2 sugul saya.

puas saya mengeletek kaki saya untuk menghasilkan gambar saya sedang senyum.. pengorbanan diri saya sangatlah besar untuk saya senyum di hari sugul saya

sungguh tak sensitifkan mummy & ayah saya.  Sudahlah saya sedih, mereka berdua bergembira.  Tak patut sungguh saya di perlakukan begini.



1 comment: