Bermula dengan perjalanan balik kampung. Tahun ini giliran beraya di kampung Mummy dahulu, kemudian barulah di kampung ayah.
Malam raya saya bermain bunga api.. kali pertama saya melihat bunga api & seronok betul saya rasa
Di pagi raya semua orang kelam kabut & saya di pakaikan baju baru sebelum semua orang bersalam-salaman & kami kanak-kanak di hulurkan sampul yang berisi duit. Kini saya tahu kenapa semua orang suka hari raya kerana hari raya adalah hari yang sangat meriah dan makanan penuh di meja.
wajah2 saya di hari raya (muka saya masam bukan kerana saya tak suka raya tetapi kerana saya rasa mengantuk & mummy pula memaksa saya supaya tidak tidur supaya mudah kami berkunjung ke rumah saudara mara)
Gambar keluarga.. ini part yang paling penting kata mummy
Aktiviti berkunjung ke rumah saudara mara & bergambar bersama sepupu-sepupu saya
Hari Raya kedua
Hari raya ketiga kami bertolak balik ke kampung ayah & tidak banyak aktiviti raya sempat di buat, hanya beberapa keping gambar di ambil di sebelah malamnya
Hari raya ke empat kami berkunjung ke rumah2 saudara mara ayah
Raya ke enam kami pulang ke KL dan aktiviti raya kemudiannya di teruskan dengan kunjungan ke rumah nenek KL, pak lang di rawang, mak long di Sungai buluh & rumah2 terbuka.
Kesimpulannya saya memang suka raya.. saya sangat menunggu raya berikutnya datang lagi.
part bunga api tuh rasanyer mak dia yg terlebih heppi..heheheh
ReplyDeleteka ka ka
ReplyDelete