Sunday, January 1, 2012

Bulan ke10 (part 1)

Aktiviti2 saya dan ibu bapa saya sekitar bulan ke 10 berkisar kepada

1. Aktiviti makan-makan

2. Aktiviti raya haji di kampung ayah

3. Aktiviti bershopping kerana saya mendapat tahu yang kami sekeluaga akan ke luar negara selama beberapa ketika kerana mummy bekerja
    ini lah wajah2 saya yang sedang kebosanan menemankan mereka bershopping

4.  Aktiviti packing barang untuk di bawa ke satu tempat yang di namakan Norway.  Saya masih belum boleh membayangkan di manakah Norway.
sementara mereka berkemas, saya di kurung di sini.  Kenapa saya tidak di benarkan membantu?

5. Pulang ke kampung nenek di Terengganu.  Tiada gambar kerana mummy agak kelam kabut semasa kami (saya dan mummy sahaja) pulang selama satu hari ke kampung.  Kali pertama saya menaiki kapal terbang :-)


6. Berlepas ke Norway dari KLIA.  Saya di hantar oleh ramai orang ke Airport.

7.  Transit di Schipol Airport, Amsterdam

      Selepas agak lama, kira-kira 13 jam di atas kapal terbang kami akhirnya sampai.  Ingatkan saya pasti kami sudah sampai ke destinasi kerana saya sudah letih tetapi kata mummy kami perlu menaiki satu lagi kapal terbang sebelum betul-betul sampai ke destinasi.



6.  Akhirnya selepas lebih 20 jam meninggalkan KL, kami akhirnya sampai ke destinasi iaitu Trondheim, Norway
  Vearnes Airport, Trondheim 


Dalam taxi, perjalan menuju ke penginapan baru kami untuk sekurang-kurangnya 2 bulan akan datang


dari tingkap rumah baru kami.  Kami tinggal berdekatan dengan stesen kecil keretapi

Saya & mummy bersiap2 mahu keluar.  Saya rasa sungguh rimas di pakaikan baju tebal & banyak pula lapisnya.  Mummy & ayah kata sebab kat sini sejuk, bukan macam kat Malaysia

saya di rumah, sedang menyesuaikan diri :-)


No comments:

Post a Comment