Sunday, January 1, 2012

Bulan ke 10 (part 2)

Kami berjalan2 sekitar bandar Trondheim di hujung minggu sambil-sambil ayah & mummy membeli grocery.  Cuaca di sini berbeza sekali dengan Malaysia dan saya hairan melihat ada wap keluar dari mulut kami apabila kami bercakap.

Saya sungguh tidak suka di pakaikan baju tebal yang berlapis dan juga sarung tangan sehingga saya tidak dapat memegang sebarang benda.  Sebagai tanda protes saya menangis  & refuse untuk merangkak.
Persiapan untuk keluar jalan-jalan.  sungguh rimas.  Pram yang saya guna di pinjamkan oleh kawan mummy & saya di bungkuskan di dalam pram

 Sudahlah di pakaikan baju tebal berlapis-lapis, di bungkuskan di dalam pram, di tutup pula sehingga saya tak dapat melihat-lihat sekitar.  Sebagai tanda protes saya tidur

 Kami bergambar di depan salah satu mercu tanda Trondheim iaitu Cathederal church

 Apapun minum dulu. tetapi agak frustrated di sebabkan  glove yang tebal saya tak boleh memegang sendiri botol susu
 Menikmati fish burger di McDonald.  Sukar mendapat makanan halal di sini & kebanyakan masanya mummy akan masak di rumah

 Ready untuk meneruskan perjalanan kembali.  Boring kerana kami tiada kereta di sini

saya & ayah

Antara yang menarik di sini


No comments:

Post a Comment