Soalan pertama semua orang. Apa yang saya dah boleh buat? To make it short; pada usia 8 bulan saya sudah hampir tumpuh gigi, saya sudah boleh duduk sendiri, saya sudah mula membaca jawi (saya sudah pandai membaca tulisan rumi 4-5 bulan lepas.. huhuhu), saya sudah dapat faham beberapa instruction ringkas seperti bila mummy mula menyanyi secara sumbang lagu tepuk amai-amai maka hendaklah saya menepuk tangan.
Saya suka bila orang kata saya stylo.. persoalannya,stylo kah saya?
Dinner di sebuah restoran. Badan saya sedikit susut kerana saya sedang demam akibat dari terlalu banyak travel & gigi saya sedang keluar dari gusi.
Memakai snow cap ayah di rumah & jangan tak tahu gambar saya yang bawah, kanan tu telah terpilih sebagai gambar favourite di dalam flickr community.
Semasa pulang ke kampung nenek ketika kami sekeluarga menyertai rombongan meminang pak cik sepupu sebelah ayah saya. Kami sempat mengunjungi pantai & saya merasa sangat gembira melihat laut yang terbentang luas. Ingin sekali saya bermandi manda & bermain pasir.
Aktiviti di Putrajaya sementara menunggu appointment ayah bersama kawan ayah.







Kita mulakan dengan gambar kaki dahulu. Ye kaki saya membesar dengan hebat. Ramai orang kata kaki saya besar tapi saya gembira sebab dengan besarnya kaki saya maknanya saya akan berjalan dengan stabil nanti. Hehehe. Bercakap tentang berjalan, mummy asyik memberi saya pressure akhir2 ni dengan kerap and acap kali memberitahu yang dia sudah mula pandai berjalan semasa dia berumur 9 bulan. Dia harap saya akan ikut jejak langkah dia. Tapi perlu ke saya? tengoklah.. akan saya pertimbangkan






