Sunday, November 20, 2011

The 10th month birthday

Bagaimana saya menyambut hari jadi saya yang ke 10 bulan?  Ada pembaharuan berbanding birthday yang lepas2.  Saya di bawa bermain di kids playland di JUSCO berhampiran rumah.  Walaupun bukanlah Disney Land yang di harap2kan.. tapi cukuplah untuk seketika ini

Semoga di masa depan saya akan di bawa ke tempat lagi jauh & lagi meriah untuk menyambut hari jadi saya.
Anyway, terima kasih ayah.  Terima kasih mummy.

Saturday, October 22, 2011

Aktiviti bulan ke 9 - part2

Iye.. setelah sekian lama yang menunggu2, akhir saya di bawa bercuti ..  walaupun saya demam akibat gigi mahu tumbuh tetapi saya merasa sangat teruja melihat ayah & mummy berkemas.  Tetapi kami terpaksa menunda Perjalanan kami lewat sehari akibat dari masalah technical & juga akibat saya yang kurang sihat. Tetapi akhir, pada 31hb september kami bertolak ke Ipoh dan bermalam di rumah pakcik saya selama 1 malam sebelum kami bertolak ke Hatyai keesokkan harinya.  Nasib baiklah demam saya sudah beransur reda & dapatlahh kami bergembira dan bercuti dgn bersungguh2.

Hatyai
saya yang tertidur dalam perjalanan
Kami sampai di Hatyai pada pukul 2 petang dan selepas sesat hampir selama 2 jam, akhirnya kami berjaya check-in di hotel Novotel Centara

Saya selepas menyegarkan badan.  
 Sementara menunggu ayah bangun dari tidur untuk keluar berjalan2
Sementara menunggu ayah bersiap, mummy memakaikan saya tidung mummy.  Macam orang punjabi tak saya?

Kami kemudiannya menuju ke floating market yang terletak kira2 10-15 km dari hotel. 
Sesampainya kami di floating market, kami di sambut dgn juadah exotic thailand. Rupa-rupanya orang Thailand makan segala jenis serangga.

Wajah2 Hatyai's Floating market.  
Saya sebenarnya tertidur di awal kunjungan dan saya cuma terjaga selepas seketika

Sekembalinya kami dari floating market kami bersiar2 di pekan hatyai.  Pekan hatyai sangat meriah wakaupun malam semakin pekat.

Keesokkannya kami bersiar lagi ke pekan hatyai.  Kami mengunjugi pasar barangan eletric dan sebelum kami bertolak ke Langkawi, mummy mengunjungi pusat massage (ayah telahpun ke pusat urut malam sebelumnya selepas  mummy & saya tidur)
Saya menemankam mummy & mak cik tukang urut bersembang.

Sementara menunggu kedua ibubapa berkemas (mummy sahaja yang mengemas, ayah?, tengoklah buktinya ) berkemas, saya menghabiskan masa dengan berehat

Kami check-out dan meninggalkan Hatyai pada pukul 4 petang malaysia time & berlepas menuju ke jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi seterusnya.  

Langkawi

Selepas berhempas pulas dan hampir ketinggalan ferry yang terakhir, kami berjaya sampai ke Langkawi lebih kurang pukul 8.30 malam. 
Beratur menaiki ferry

  Saya & ayah yang keletihan

Apa yang saya buat dan lihat di Langkawi

1. berehat

2. melepak

3. makan2 dan berjalan2

4. pergi pantaiiiiii

5. mandi manda

and last but do not least..
it's all about spending time with my love ones


Ta Ta

Thursday, October 20, 2011

Aktiviti bulan ke 9 - part1

Progress dan altiviti yang saya lakukan sepanjang bulan ke 9,

Progress

Berdiri tanpa bantuan orang




















Saya sudah ada gigi.  Di penghujung bulan ke 9, saya sudah mempunyai 5 gigi  yang besarrrrrrrrrr


Membaca.. ini adalah kegemaran saya sekian lama, sementelah lagi sekarang ini saya mempunyai banyak buku yang di beli mummy dan juga memberian aunty.  Saya perlu membuktikan saya hobi saya serasi dengan nama saya yang bermaksud Dameer (kesedaran) dan Aydin  (ilmu pengetahuan)









Aktivity


1.  Relax di rumah sesambil tersengih-sengih menunjukkan gigi baru saya


2.  Mengetest ketajaman gigi saya terutama pada baby cot milik saya.  Gambar terakhir itu setelah saya tertangkap semasa saya menjalankan aktiviti mengigit























 3.  Aktiviti mengujungi stable kuda.  Saya sangat gembira & kuda2 juga sangat gembira menerima kehadiran saya.  Saya di basahi oleh udara yang di hembus kuda dari hidung mereka yang sangat besar.  Antara aktiviti yang cukup menyeronokkan.


4.  Selepas mengunjungi stable kuda, kami ke padang lumba kuda menikmati kehijauan padang lumba.  Saya sangat gembira melihat kehijauan rumput.  Hari yang tidak akan saya lupakan walaupun saya agak penat


Aktiviti2 lain di bulan ke 9 ini akan bersambung di entry akan datang

The 9th month birthday

 me on my 9th month birthday

Thursday, September 29, 2011

Raya pertama saya

Kali pertama menyambut raya dalam hidup.  Saya tak tahu apapun maknanya raya sehinggalah saya merasainya.

Bermula dengan perjalanan balik kampung.  Tahun ini giliran beraya di kampung Mummy dahulu, kemudian barulah di kampung ayah.

Malam raya saya bermain bunga api.. kali pertama saya melihat bunga api & seronok betul saya rasa

Di pagi raya semua orang kelam kabut & saya di pakaikan baju baru sebelum semua orang bersalam-salaman & kami kanak-kanak di hulurkan sampul yang berisi duit.  Kini saya tahu kenapa semua orang suka hari raya kerana hari raya adalah hari yang sangat meriah dan makanan penuh di meja.

wajah2 saya di hari raya (muka saya masam bukan kerana saya tak suka raya tetapi kerana saya rasa mengantuk & mummy pula memaksa saya supaya tidak tidur supaya mudah kami berkunjung ke rumah saudara mara)

Gambar keluarga.. ini part yang paling penting kata mummy

Aktiviti berkunjung ke rumah saudara mara & bergambar bersama sepupu-sepupu saya

Hari Raya kedua

Hari raya ketiga kami bertolak balik ke kampung ayah & tidak banyak aktiviti raya sempat di buat, hanya beberapa keping gambar di ambil di sebelah malamnya

Hari raya ke empat kami berkunjung ke rumah2 saudara mara ayah

Raya ke enam kami pulang ke KL dan aktiviti raya kemudiannya di teruskan dengan kunjungan ke rumah nenek KL, pak lang di rawang, mak long di Sungai buluh & rumah2 terbuka.

Kesimpulannya saya memang suka raya.. saya sangat menunggu raya berikutnya datang lagi.